warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Monday, November 16, 2009

cinta itu buta!!

anak cina bermandi di kali,
bermandi manda hingga ke petang,
beraja dimata bertakhta di hati,
sayang diluah bukan kepalang.

harum semerbak bunga kemboja,
berguguran jatuh di atas pusara,
dek kerana cinta buangkan keluarga,
akal fikiran tempat kedua.

kalau bermain di batas bendang,
jangan terleka mara bahaya,
cinta berahi bawa kecundang,
kerna nafsu merangkul di jiwa.

anak buaya si anak biawak,
berebut bertengkar kerana telur,
buang mak buang bapak,
kerana kasih sangup terlanjur.

pohon manggis buahnya lebat,
tempat dagang tumpang berteduh,
waktu bercinta memanglah hebat,
sudah kahwin sering bergaduh.

malam hari pasang pelita,
dipasang oleh nak dara sunti,
memang benar cinta tak bermata,
kawalkan diri dan berhati-hati.

dengar sini remaja budiman,
untuk tatapan juga renungan,
jangan terhasut ajakan syaitan,
kelak merana nasib si badan.....

No comments:

Post a Comment