warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Monday, November 16, 2009

jom kita berfantasi kejap!!!


cuba bayangkan kalo kita adalah rama-rama..
begitu indahnya hidup kita..
boleh mengamati keindahan alam maya tanpa batasan.
dan boleh bermesra dengan bunga-bungaan yang dijadikan teman..
kita dapat terbang kemana jua kita mahu..
kita akan dipandang cantik dan hebat org mereka yang melihat kita..
dan kita menjadi pujaan dan bahan untuk dicemburui kerana rupa kita amat cantik..
warna-warni kita akan membuatkan orang terpegun dengan keindahan kita..
bestnyek jadi rama-rama...


cinta itu buta!!

anak cina bermandi di kali,
bermandi manda hingga ke petang,
beraja dimata bertakhta di hati,
sayang diluah bukan kepalang.

harum semerbak bunga kemboja,
berguguran jatuh di atas pusara,
dek kerana cinta buangkan keluarga,
akal fikiran tempat kedua.

kalau bermain di batas bendang,
jangan terleka mara bahaya,
cinta berahi bawa kecundang,
kerna nafsu merangkul di jiwa.

anak buaya si anak biawak,
berebut bertengkar kerana telur,
buang mak buang bapak,
kerana kasih sangup terlanjur.

pohon manggis buahnya lebat,
tempat dagang tumpang berteduh,
waktu bercinta memanglah hebat,
sudah kahwin sering bergaduh.

malam hari pasang pelita,
dipasang oleh nak dara sunti,
memang benar cinta tak bermata,
kawalkan diri dan berhati-hati.

dengar sini remaja budiman,
untuk tatapan juga renungan,
jangan terhasut ajakan syaitan,
kelak merana nasib si badan.....

Wednesday, November 11, 2009

hari yg penat!!!

aduhh,harinie aku rasa agak penat..

bukan nk mengeluh tp inlah realiti..

so aku kena tabah hadapi dan maaf kepada semua yg memberi mesej or buat miscall aku tak leh nkjawab..

coz aku seakan tidak sempat utk menjawab dan membalas semuanya..

aku kena fokus dengan apa yg ada didepan mata..

nie aku curi2 masa menulis coz dengan ini dapatlah aku mengurangkan beban kepala otak yg dah berat...

aku pasnie nk pi latihan bangsawan...doakan aku buat yg terbaik..

n mayb arinie aku jugak kena blajar lagu asli..lagu ntah apa,aku pun tatau....

k lah..esok aku sambung balik...

sembawa balik lagu melayu,
didendang oleh puteri jelita,
hari berganti minggu berlalu,
esok hari bertemu jua...

Tuesday, November 10, 2009

Kalo Korang Jadi Aku???

olaaa semua...urkkkk...alhamdulillah,konyang poyot nie..

aku skang tgh teruja kerna baru dapat tahu yg aku dapat panggilan temuduga KPLI...

adakah aku perlu tukar kerjaya dr seorang pegawai kerajaan kepada seorang guru??

tp bila difikirkan dalam2 aku tersentak dari lamunan,yg ini hanyalah temuduga...belum tentu lagi dapat..

so pada kiraan korang,perlukah aku pergi temuduga KPLI nie??

actually,dr kecik sehinggalah ke saat ini kalo nmpk sekolah,aku mcm cacing kepanasan..

kalo nmpk guru-guru keluar dr sekolah aku akan cemburu dengan kerjayanya..

aku nk jd guru..atau budayawan..

tp aku pikir balik,baik aku pi temuduga KPLI coz belum tentu dapat..

but pegi untuk timba pengalaman di interview utk jawatan guru..

kalo korang mcm mana???

guru kerjaya yg murni...pegawai warisan adalah kerjaya yang mengangkat serta memartabtkan seni budaya sezaman..

dua2 aku syg...dan dua2 aku minat..

yg bezanya guru belum pasti...tp pegawai warisan sudah dimiliki...

seni warisan zaman berzaman,
dijaga rapi penuh etika,
yang dikendong di dalam genggaman,
takut yang dikelek tidakkan tiba...

Monday, November 9, 2009

Pantun sahabat;)

anak ayam si anak itik,
bermain paya dan juga lembah,
berbuat baik ibarat setitik,
nescaya rezeki datang melimpah.

terbang girang si burung kenari,
hinggap sebentar di dahan mawar,
berkasih sayang sampai kemati,
nescaya persahabatan tidakkan pudar.

buah belimbing masak di dahan,
jatuh ketanah dimakan kuda,
kutatang sahabat umpama intan,
jangalah dibalas dengan tuba..

sayang ibu kukucup dahinya,
sayang bapa kucium pipinya,
walaupun hidup banyak sengketa,
bukan dihati tempat dendamnya.

masih segar dalam ingatan,
setiap telatah si rakan-rakan,
alangkah indah jika dimakbulkan,
dapat bertemu dengan rakan seperjuangan....

waktu2 gini aku rindu la plak ngan kwn2 aku dulu...walaupun x ramai,tp adalah gak...;/

thanx to my beloved family angkat!!

aku syg kt family angkat aku mcm aku sygkan kt family aku sendiri..
x ku duga akan bertemu sebuah keluarga yg sebijik mcm kehidupan family aku yg sebenar..
cuma isi rumahnya yg berbeza..
mereka baik-baik belaka..
yg penting kapala giler2...
aku x sangka akan berjumpa ngan kak long,kak intan,mak, akma, yg penting cutey yg dah mcm gf aku...huhu....si alia yg chumel...
apapapun pertemuan aku ngan family nie adalah disebabkan oleh org yg paling aku hormati..
kalo x ada dia,aku x dapatlah mengenali family nya...
thanx coz sudi bg tumpang rumah..idup mcm satu keluarga...
I LUV U ALL VERY STRONG LIKE TEMPOYAK....!!!!MISS THIS WORDS!!

Sunday, November 8, 2009

aku sayang semua yg sayang aku;/

kekadang hati aku a bit frust kerana aku seperti di tuduh tidak menghiraukan mereka,
walhal dalam benak aku,
perasaan sayang masih lagi ampuh dan utuh...
jika perasaan sayang mmg sudah sebati dalam hati masakan aku akan berubah??
aku terpikir sejenak,adakah aku tidak pandai membahagikan masa di antara kerjaya dan juga perhubungan dengan mereka???
dan kekadang aku rasakan adakah aku perlu mengorbankan waktu rehat aku bersama dengan orang mereka yang mana akhirnya aku menjadi tertekan???
nah,inilah yg dinamakan pengorbanan berkasih sayang..
mungkin aku kena menyatuh lirik-lirik lagu cinta sebagai contoh lautan api sanggup aku redah, letusan gunung berapi aku akan lintas, n mcm2 lagi demi menjaga perhubungan..bagi aku cukuplah sekiranya sayang ditunjukkan dengan kejujuran menjaga maruah serta perlakuan dan ada waktu tertentu akan berjumpa....
akhirnya untuk perasaan hati aku,aku jua yg akan tanggung...
ntah la....mayb dahulu sebelum aku mempunyai komitmen kerja,aku slalu juga panas ponggong dengan perlakuan skandal n org yg aku sayang yang x ada masa utk bersama kerana kerjaya..
dan akhirnya kami putus...but selepas aku bekerja barulah aku mengerti mmg jika bekerja nak menjalinkan hubungan kasih syg nie kena pikir dua tiga kali,coz takut nk bagi komitmen..
tp yg menjadi indah nye sekarang, aku x penah lupa n abaikan org yg aku sayang...n aku x ada bertukar-tukar pasangan or berjumpa dengan ramai org....
aku hanya bekerja, balik rumah, mandi tido......benda yg sama aku akan buat pada hari berikut...ntah mana2 baru aku keluar pi berfoya-foya....
MAAFKAN AKU ANDAI AKU DIANGGAP MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ORG YG PALING DISAYANGI!!!!!!!AKU SAYANG KAMU SANGAT2!!

Thursday, November 5, 2009

KiSaH BenAR MenGenAI REzeKI!!!!!!!

kepada kawan2 serta mereka yang masih mencari dan menanti pekerjaan, saya harapkan sepanjang kita menanti kita perlulah bersabar dan janganlah kita angkuh dan cemburu akan rezeki yang org disekeliling kita perolehi.. rezeki akan ada cuma lambat atau cepat..lagi satu banyak lah berdoa dan berniat untuk membantu ibu bapa apabila mendapat pekerjaan..
saya juga ingin berkongsi cerita dengan anda semua... sebenarnya saya adalah calon simpanan untuk jawatan pegawai warisan..

selepas saya pulang dari temuduga yang terakhir sebagai jawatan pegawai warisan ini, saya amat yakin yang saya akan dapat kerja ini.. tetapi dugaan menimpa saya apabila saya hanya dapat surat keputusan temuduga yg mengatakan saya hanya calon simpanan.. dan apabila saya tahu, saya amat kecewa sehinggakan saya berputus asa dan berjanji utk tidak mahu memohon sebarang jawatan kerajaan. dan saya pasrah untuk hanya duduk rumah dan saya tak mahu mencari kerja..

kemudian ibu saudara saya telah memujuk saya untuk masuk program Graduate employability Management Scheme anjuran Khazanah Nasional..
dan selepas tiga bulan saya kursus sebagai seorang executive, saya nampak perubahan dalam diri saya..saya berjumpa dengan ramai rakan2 yang sama macam saya dan masih mengangur..
nak dipendekkan cerita,selepas saya attend kursus ini,saya di hantar ke Malaysian Airline System dan selama dua bulan praktikal sebagai executive akhirnya saya dapat surat lapor diri sebagai pegawai warisan.

kesimpulannya di sini, Allah itu maha adil, DIA letakkan nama saya sebagai calon simpanandahulu untuk menguji tahap kesabaran saya dan kepasrahan saya,dan dalam masa yg sama saya diberi lagi peluang untuk menimba ilmu sebagai pemimpin sebelum saya dapat keje pegawai.isaya attend kursus GEMS untuk menjadi seorang pemimpin dan executive yang mempunyai kaliber dan personaliti yang hight class sebagai pemimpin nnti. dalam masa yang sama saya bertemu dengan rakan2 yang senasib dan ramai yang masih mengangur.
so saya doakan untuk mereka yang masih menunggu dan masih mencari kerja, buat lah yg terbaik untuk hidup..jgn sekali2 putus asa...dengan kita sesama manusia, perlulah berbuat baik...AMIN ;0


Biarlah orang bertanam buluh,
Mari kita bertanam padi
usaha perlu bersunguh-sunguh
baru berkat rezeki yang diperolehi

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita mendapat rezeki

sedekah ikhlas itulah yang terbaik

aku kena belakon daaa.....


aduyaiii...

banyak nye keje yg aku nk kena buat...

pas hbs keje opis,aku terpaksa mengorbankan tenaga aku untuk berlakon plak..

arini aku start latihan bangsawan.tp tatau la lg mcm mana gaya lakonan aku..

apa yg harus aku buat...kalo jd pak pacak pun aku terima jek..

aku x sabar nk tengok Dato jalaluddin Hassan ngan pak Kuswadinata berlakon.

nnti aku akan jemput korang semua dtg utk tengok aku belakon k...huhuhu

nasib baik lah aku ada family angkat yg sanggup menerima kehadiran aku utk tumpang rumahnya...

jauh tue kl ke subang perdana..penat sgt nak balik..so tepaksa singgah bermalam kt kg pandan.

kekadang aku mmg penat sgt2...

makan pun aku kekadang lupa.

tp apakan daya demi tugas,demi menjaga warisan negara dan sebagai pelapis aku tepaksa korbankan semua nie...

aduhhh,

petang2 cam nie aku teringat kt adik beradik aku ngan mak abah aku daa....

aku syg diorang..

diorang lah semangat utk aku terus berjaya....


dayung sampan di senja hari,

selusur sungai bersama pak awang,

pengorbanan dicurah demi pertiwi,

warisan dikelek budaya dijulang..


kokokan si Jantan di subuh hari,

memanggil petani turun ke sawah,

rindu di hati tidak terperi,

berjumpa di raya haji,InsyaAllah...


idup Bangsawan Tun Fatimah Srikandi Melayu!!!!

Wednesday, November 4, 2009

Kenali Seni Budaya (Mak Yong)



Mak Yong adalah salah satu daripada khazanah seni persembahan negara kita yang diangkat diperingkat Antarabangsa oleh UNESCO. Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk lakonan,tarian dan juga nyanyian. Ia juga bolehlah dikatakan sebagai satu seni drama-tari yang berasal dari daerah Siam,Patani. Dalam persembahan Mak Yong ini juga terdapatnya ritual-ritual yang tertentu sebagai penghormatan kepada roh atau semangat. Kebiasaannya jalan cerita seni persembahan Mak Yong berunsurkan daripada cerita rakyat dan biasanya mengangkat golongan Istana atau pembesar sebagai cerita utamanya.
Watak-watak dalam Drama-tari ini adalah seperti watak Mak Yong, Peran, Pak Yong, dan sebagainya. Biasanya lakonan akan dibuat dalam bentuk bulatan.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

keje tak berduit!!huwarghhhh.......tension!!!!


pungguk bertengek di dahan jati,

menunggu rembulan yang tidak muncul,

keje ku pergi berhari-hari,

kenapa gaji tak timbul-timbul?


bulan mengambang ditengah malam,

anak serani rancak menari,

sudah tertulis lumrahnya alam,

selepas tiga bulan dapatlah gaji...


begitulah lumrahnya hidupku ini,

merempat bergantung tak henti-henti,

apakah demikian takdir illahi,

keihlasan dan kesabaranku tercabar lagi...


datang dari ulu chepor,

di kuala lumpur mencari rezeki,

doaku panjat tanda bersyukur,

lambat laun dapatlah gaji...


kepada ibu sabarlah menanti,

kepada bapa doakanlah sekali,

pengorbananmu akan ku balas nanti,

kerna dikaulah permata hati...


buat rakan taulan sekalian,

berikan sokongan tanda persahabatn,

rakanmu disini tidak ketahuan,

lepasni InsyaAllah kita melaram sakan...ngehngehngeh...

Tuesday, November 3, 2009

thanx my fren.....


Layang2 terbang melayang,

terbang melayang di tengah padang,

ingin aku hiburkan salam penuh kasih sayang,

kalo ikut rasa hati,

ingin aku bawak pulang...ngeh ngeh....


nie aku buat khas untuk sahabt aku yg comel n cute...

coz dia aku boleh tergerak hati nak bukak blog nih..

aku hope aku akan jd seorang yg disiplin untuk meng-up-date blog aku...hoho...

dekat mak cik liya,thanx k...

pak cik kt sini baru blajar2..

pasni advance arghhh...


tak sangka produk buntong pun bleh berjaya..

kalo ada bundaya,mesti dia tersenyum bangga sambil memegang tongkatnya...hahaha

Pencinta Warisan: pengenalanku....

Pencinta Warisan: pengenalanku....

pengenalanku....

alhamdulillah,

burung punai burung terkukur,
terbang bersama di waktu senja,
alhamdulillah panjat dan syukur,
blog di buat pencambah minda.

alhamdulillah dengan limpah kurniaNya,
dapatlah aku buat dan wujudkan blog yg tidak segah mana tetapi intipati yg bakal menyusul amatlah bermakna...

aku terbuka untuk menulis blog aku sendiri setelah aku melihat blog sahabat sedari kecilku yang molek untuk dilihat, teruja untuk dibaca...

lantas aku pun turut berminat untuk membuka blog aku sendiri...

harap dari hari ke sehari aku dapat membuat improvisasi terhadap blog aku nie..

dan kepada kalian,jangan lupa bg komen dan juga sebarang syoran agar dapat ku jadikan sebagai panduan untu ku isi dalam blog seterusnya memberikan ilmu dan maklumat kepada kalian....

warisan telah menjadi subjek utama dalam blog aku nie kerana seni warisan budaya adalah bidang yang amat aku sanjungi dan aku minati sedari kecil dan ianya perlu dalam idup setiap manusia...

Belalang kunyit Si Rama-rama,
Bertenggek molek di dahan rambutan
Salam perkenalan kita bersama,
harap blogku dijadikan ikutan.