warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Saturday, December 26, 2009

apakah azam korang????


aku bila jek masuk tahun baru aku dah mula cuak n rasa mcm x berapa seronok nak melangkah..bukan apa,masuk jek tahun baru,lepas jek sambut 3 hari tahun baru aku pun sambut hari tua ku...hahaha...tak best beranak awal2.....hekhek...so aku akan senaraikan apakah azam tahun baru aku dan ianya bukanlah utk dibanggakan atau menunjuk2 tetapi sekadar menyedarkan aku utk mencapainya.......

aku akan senaraikan lima azam yang mega dan lima azam yg biasa2 n mungkin mudah dicapai....;p


5 azam mega:

-aku nak sah dalam perkhidmatan n lulus segala exam.

-aku nk buat permohonan utk sambung study kt oversea utk tahun 2011 insyaALLAH

-aku nk bantu mak ayah aku besarkan rumah/at least adalah menyambung umah

-aku nk jd org yg dikenali dalam perkhidmatan dan org yg mudah utk dibawa bincang

-aku nk buat business tahun depan


5 azam celah gigi:

-aku nk pi melancong

-aku nak bayar utang dengan lebih efisien n sistematik

-aku nk lihat perhubungan cinta aku lebih lancar dan x menyerabutkan kepala

-aku nk mantapkan lagi penampilan aku.

-aku lebih advance dalam pengucapan bahasa inggeris.


so kengkawan,saudara mara dan sepupu sepapat serta org yg kenal aku tolong doakan akan kejayaanku dan menggapai apa yg aku hajati.dan begitu juga dengan anda.INSYAALLAH!!!

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat apa yg aku terima!!

syukur kehadrat Allah SWT kerna dengan izinNya dapat lah aku memiliki apa yg aku hajati...aku kekadang sebak dan terharu kerana mengenangkan nasib diri aku yg sebelum ini bertaktih utk melangkah tetapi kini seakan berjalan dengan lebih lancar dan teratur..tetapi aku tidak sesekali leka dengan kegagahan langkahan ku kerana di hadapan kebarangkalian ada batu yg bakal membuatkan aku tersungkur...
aku sesungguhnya tidak menyangka yang aku akan mendapatkan apa yg aku hajati dalam tahun 2009 nie jugak yg mana sebenarnya jangkaan ku utk mendapatkan barangan ini pada tiga tahun lagi...aku seringkali berdoa agar rezeki ku akan bertambah dan memperteguhkan budi ku agar ku lakukan segala-galanya kerana DIA dan MANUSIA dengan seikhlas mungkin...
Aku takkan terleka dengan segala kenikmatan yg aku kecapi...aku takkan terbuai dengan kemewahan yg bakal aku terima...kerana aku masih sedar,aku lahir dari rahim yang hidupnya sederhana tetapi mementingkan hati budi dan mengikut resmi padi.....


terima kasih kepada orang yg paling aku sayang dan aku hormati iaitu mak dan abahku kerana kalian lah yg banyak mengdoakan serta mengerah dan membanting tulang empat kerat utk melihatkan aku berjaya....;)

aku sendiri pun x paham!!!

nie aku nk story skit mengenai apa yg aku alami..
aku nie kena penyakit kemurungan or anti-sosial kut coz aku skang dah malas nk kuar n lepak2..
aku lebih duk kt umah jek...aku kalo keluar umah aku akan rasa tension n rasa nk balik cepat..
aku tatau sampai bila keadaan aku mcm nie..
cuti2 sepatutnya pi jalan2,tp aku duk bekurung dalam umah n ngadap lap top..
apakejadahnya kalo perangai mcm nie..
tp nk buat mcm mana...nk drive aku malas...tension ngan jalan..
kepada org yg aku syg n kepada mereka yg mengharapkan utk aku berkunjung utk jumpa mereka,aku betul2 minta maaf...kowang tanyalah sendiri roomate aku..mana aku pegi,n apa yg aku buat...aku rungsing arghhh mikirkan benda nie...kena buatan org atau buatan sendiri??aku pun tak mengerti...apa yg aku tahu,aku lebih tenang bila aku bersendiri..dan dalam masa yg sama,aku tak penah lupakan mereka yg aku sayangi......nie lah realiti yg terjadi..aku hanya mampu mengadu pada org yg setia menjadi pendengar masalah aku,iaitu ibu dan akak ku...so cam ner..masih lagi nk menghukum aku???x apalah,aku redha.....;/

Tuesday, December 15, 2009

kerana mulut badan binasa!!!


nie aku nk citer plak tentang segelintir manusia yang mempunyai mulut yang seringkali membuatkan dan menimbulkan perasaan yg kurang enak sesama manusia..apa nak jadi dengan manusia yang seperti ini...tuduh menuduh, fitnah memfitnah, mengata belakang, dan sekutunya...aku tak berapa faham....kowang tak ingat ke balasan yang bakal korang hadapi apabila melakukan hal sebegini...korang ada waris dan juga zuriat..jd jgn lah suka mengumpat kerana ianya akan mengalpakan kita tentang balasan yg akan dihadapi oleh keturunan kita...baik kita jaga diri kita sendiri dan org yg kita sayang...coz kekadang mereka yg tak bersalah akan dijadikan bahan yang hina dek kerana mulut kowang.....manusia,manusia,manusia!!!kekadang aku menangis mengenangkan sikap manusia itu yang terlalu mengikutkan emosi dan juga mulut yang terlalu bisa.....kerana mulut,hati dan sensitiviti orang lain kita lupakan....kalo kowang terima bala,baru padan muka...takutlah dengan dosa yang ada,jgn ditambah dengan dosa yang baru....for me, hal peribadi orang,jgnlah kita selongkar dan hal sensitiviti org kita kena peka dan allert!!!so aku berkata atas dasar aku sygkan semua manusia yg ada terutamanya mereka yang kalah dengan mulut mereka..aku pantang sekali dengan org yang memandai bawak mulut,dan juga mengaibkan manusia lain..even bukan aku yg kena,tp member aku or saudara mara ku....!!!!!org yang tak sayangkan mulut,ibarat tanah yang tandus....bertanah tapi tak berpenghuni...berkwn tapi tapi tak berdamping!!!

Monday, December 14, 2009

manusia!manusia!manusia!!!!

aku kenkadang tak mengerti apakah yg ada tersirat di hati manusia yang mnegukirkan senyuman...
adakah ianya sinis atau senyuman yg ikhlas..
kita hidup didunia ini sebagai khalifah perlu mengerti akan hakikat bahawa kita saling bergantung antara manusia..
dan setiap ciptaanNYA adalah yg terbaik..jgn sesekali kita memperlakukan keburukan terhadap manusia kecuali manusia itu adalah manusia yg hina dan mengambil kesempatan terhadap diri kita..
jadi disini,aku menulis bukanlah kerana aku mahu menuduh atau mengaibkan sesetengah manusia,tetapi hanya sekadar menyedarkan mereka yang mereka adalah manusia..
Allah taala telah menjadikan manusia itu dengan cukup sempurna dan diiringi dengan rezeki yang bakal diperolehi di dunia...
oleh itu manusia yang ada ni,semuanya ada rezeki masing2...
so kenalah paham bahawa harinie rezeki aku,esok lusa rezeki manusia yang lain...
jgn ada dengki khianat dan juga perasaan cemburu terhadap rezeki orang...
dan aku sebagai manusia yang menerima rezeki tidak sesekali lalai dan alpa dengan rezeki yang diperolehi sebaliknya akan sentiasa bersyukur dan memohon agar manusia lain turut diberikan rezeki...
ini tidak,rezeki manusia,kenapa manusia lain harus dengki....
bukan pangkat atau darjat yang dikejar tetapi sumbangan dan keikhlasan dalam berkhidmat yang menjadi galasan diri manusia...dan inilah yg akan dibawa ke dalam liang...
jd gelaran,sapaan,panggilan tidak haruslah menjadi kejaran di dunia....
RENUNG-RENUNGKANLAH!!!!!

aku jadi pengadil pantun!!!hahaha....satu peluang yg sangat teruja n tak penah terpikir..

aku amat teruja dan berasa bangga kerna diundang untuk menjadi hakim dalam pertandingan pantun MAKUM(Majlis Kesenian dan Kebudayaan Universiti Malaysia) di universiti Malaya yang mana aku diamanahkan untuk mengadili dr segi persembahan...aku tak lah pandai mana..tp boleh la kalo setakat mempraktikkan ilmu yang ada sedikit nie utk menjadi juri...so keputusan dalam pertandingan nie dimenangi UKM,UIA dan juga UPSI...so TAHNIAH buat pemenang dan juga diri aku..hahahaha
Termenung Si Dara di atas anjung,
sambil memegang kain ditenun,
Martabat pantun harus dijunjung,
pusaka budaya turun temurun.

Thursday, December 10, 2009

bintang JWN??


yup,bintang JWN telah diadakan bagi mencungkil bakat2 yg terperap kt jabatan aku..

aku tak sangka la plak boleh jadi johan..n utk group pun aku ngan geng2 aku sapu bersih..rasanya kalo masuk duet pun aku bleh sapu gak kut...hahaha...

tp mende nie merupakan pertandingan kali yg keberapa puluh n aku pun x ingat yg aku masuk..kowang doakanlah aku leh masuk banyak lagik pertadingan2 nyanyi coz aku mmg minat dowh ngan ptdingan2 nyanyi nie....;)

Monday, December 7, 2009

Yeahhhhh!!!!sonoknya ati aku...




kowang bayangkan apakah perasaan korang andaikata ada offer untuk wakili negara ke persidangan peringkat antarabangsa....hahh!!mesti kowang rasa bangga n happy...itulah yg terjadi pada diri aku...tak sangka rezeki datang dekat aku dengan murahnya....aku dapat offer pegi ke Phuket Thailand sempena persidangan dan bengkel pemimpin muda warisan seni tidak ketara bermula pada 24 sehingga 28 December nie...
so lepas je aku tahu aku kena pi phuket, terus aku mengigihkan diri untuk membuat pasport...tp sewaktu aku pi buat pasport dekat pejabat imigresen damansara, aku mmg betul2 rasa menyiarap coz kowang tahu x yg aku tunggu dr pukul 10 smpai pukul 4ptg n the end, pasport aku masih tak siap angkara cip IC aku x leh nak baca then surat beranak asal aku x ada....then keesokannya aku pun awal2 lagi pegi ke imigresen damansara semula utk buat pasport aku n finally,pasport aku berjaya di siapkan......so ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan rezeki kepadaku...apapapun rezeki diperolehi daripada hati yg ikhlas dan perasaan hinanya diri kita kepada Allah...

salam semua....salam kembali berkarya...;)



perghhh...

anak cina pergi ke selama,
pergi bersama si mak cik esah,
sudah lama tidak bersua,
baru kini menyambung kesah....

perghhhh...

buah kelubi buah putat,
di buat jeruk untuk si Ah Tat,
dah berapa minggu bedepan penat,
kini baru dapat berehat..
kengkawan semua..sorry arghh kalo aku lama dah tak update blog aku nie..
akukan apa busy dengan berbagai mende...start dengan pementasan bangsawan Tun Fatimah srikandi Melaka,hinggalah pertandingan karaoke peringkat Jabatan..dan minggu nie aku akan busy lagi dengan pertandingan permainan tradisi peringkat IPTA kebangsaan dekat UKM,Bangi...so doakan aku buat yg terbaik....




-------------------------------------------------------------------------------------------------




TERKENANGKAN MAK!!!




Bila aku bukak mata pagi nie dari beraduku,
aku teringkatkan mak aku..
aku rindu kt dia...
aku terus menghubunginya...aku akan pastikan yang dalam sehari aku tak akan penah putus utk hubunginya...
mak aku banyak melakukan pengorbanan yang tidak ternilai utk membesarkan aku dan juga adik beradik aku yg lain...dia amat memahami apa yg anak-anak perlukan walaupun kadang kala sukar untuk nya memenuhi..
mak aku terlalu istimewa...aku berjanji utk terus menyanyanginya serta memastikan dia sentiasa gembira dan ceria...mak aku adalah nyawaku...
mak aku juga adalah nadiku..
aku akan membalas jasa dan pengorbananmu walaupun kusedar tidak dapat menandingi apa yang kau lakukan...


i love u so much MAK!!!!