warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Saturday, December 26, 2009

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat apa yg aku terima!!

syukur kehadrat Allah SWT kerna dengan izinNya dapat lah aku memiliki apa yg aku hajati...aku kekadang sebak dan terharu kerana mengenangkan nasib diri aku yg sebelum ini bertaktih utk melangkah tetapi kini seakan berjalan dengan lebih lancar dan teratur..tetapi aku tidak sesekali leka dengan kegagahan langkahan ku kerana di hadapan kebarangkalian ada batu yg bakal membuatkan aku tersungkur...
aku sesungguhnya tidak menyangka yang aku akan mendapatkan apa yg aku hajati dalam tahun 2009 nie jugak yg mana sebenarnya jangkaan ku utk mendapatkan barangan ini pada tiga tahun lagi...aku seringkali berdoa agar rezeki ku akan bertambah dan memperteguhkan budi ku agar ku lakukan segala-galanya kerana DIA dan MANUSIA dengan seikhlas mungkin...
Aku takkan terleka dengan segala kenikmatan yg aku kecapi...aku takkan terbuai dengan kemewahan yg bakal aku terima...kerana aku masih sedar,aku lahir dari rahim yang hidupnya sederhana tetapi mementingkan hati budi dan mengikut resmi padi.....


terima kasih kepada orang yg paling aku sayang dan aku hormati iaitu mak dan abahku kerana kalian lah yg banyak mengdoakan serta mengerah dan membanting tulang empat kerat utk melihatkan aku berjaya....;)

No comments:

Post a Comment