warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Saturday, January 30, 2010

jom pakat2 buat duit.....

Cuma nk bgtau kalau nak buat PART TIME atau tengah cari pendapatan sampingan bg yg student, sy cadangkan layari website berikut:
http://rm30.kuasarm.com/?id=syuksuker PENDAPATAN = RM200-RM2000 SEMINGGU...
& akan dibayar terus ke dalam akaun bank kita...

benda nie bukan nyer aku yg jd toke...aku cuma jd penaja..
maksud aku pembayaran yg dibuat untuk nama aku tp link n page akan diberikan oleh admin..
apapahal baca lah dulu...
rezeki mmg dah tertulis..cuma kita nak atau x nak...
aku ingat lagi motto sekolah aku usaha kunci kejayaan....

Wednesday, January 6, 2010

Jumpa di Terengganu!!!!

conferm n muktamad yg diriku ini akan berlayar ke Kuala Terengganu untuk bertugas di sana..
alangkah sedihnya hatiku ini mengenangkan waktu dan kenangan sewaktu bertugas di kota metropolitan ini..walaupun banyak duka daripada suka tetapi aku tetap suka di kota metropolitan ini kerana kepedihan inilah yang mematangkan aku.....
tetapi telah aku kupaskan segala isi yang tersirat yang bakal aku hadapi...sebenarnya kemungkinan ada sinar di tempat baru..kepada kengkawan doakanlah aku untuk lebih berjaya dan akan terus maju dalam apa juga lapangan yang aku lakukan...

macam manapun di mana bumi kupijak,distu langit kujunjung...kemungkinan kehidupanku di bumi terengganu akan mekar dan harum di hati ku.....walaupun lambat lagi masa utk aku bertolak,tetapi kurasakan seperti hari esok akan kupergi....apapapun thanx to kengkwan yg sakit n gembira bersama2 dengan aku..akan kusematkan dalam hati..dan bila aku akan ke kl,aku akan informkan dekat kalian...so aku akan berada di kl until this month.....n kepada kengkawan yg bertandang ke terengganu contact2 la aku.......;)

kemboja mekar di pagi hari,
disanggul tinggi tersusuk menawan,
persahabatan tersemat di sanubari,
jangan terpisah dek kerana lautan.

jauh ku pergi demi pertiwi,
memasti nusa masih berbudaya,
galasan tugas seikhlas hati,
demi maruah tanah pusaka.

Tuesday, January 5, 2010

capricorn Boy ngehngehngeh!!!4 Januari 1985



aku tatau nk buat keje apa arinie,
lastly aku pun terpikir tuk tengok web yg berkaitan dengan rahsia tarikh lahir aku..n aku pun menggatalkan tangan mengetest dan memasukkan data yg diminta..
then bila aku buat n bila dapat result akhirnya aku terkejut kerana leboih kurang 95 peratus adalah benar n dah berlaku....tp yg rasuah n ada gak yg dirasakan sebagai mengarut..n aku just berdoa aje....sekejap jek aku dah tua..urmmm....





MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
################################

NAMA : MOHD SHUKRI BIN MOHD ISA

TARIKH LAHIR : 4 - 1 - 1985

JANTINA : Lelaki

KETINGGIAN : 182 cm

BERAT BADAN : 85 Kg


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI : 1

ELEMEN : Logam

CIRI UTAMA : Sendiri

SINOPSIS : Disukai kerana kepimpinannya, namun bersendirian.

TAFSIRAN UMUM : Bijak, pemimpin, pandai menganalisa orang, kreatif, banyak idea.

WARNA SESUAI : Kuning, perak dan putih.

PENYAKIT UMUM : Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Percaya prinsip diri dengan kuat, tetapi membawa kejayaan, tugasan luar, halangan dalam hidup. Bergaya, kerja sendirian untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, mampu menarik penyokong. Panas baran, kurang penyabar, perlu kembali ke rancangan awal secara berterusan.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Suka berniaga dan mudah untung.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.

(KERJAYA TERBAIK)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com

Saturday, December 26, 2009

apakah azam korang????


aku bila jek masuk tahun baru aku dah mula cuak n rasa mcm x berapa seronok nak melangkah..bukan apa,masuk jek tahun baru,lepas jek sambut 3 hari tahun baru aku pun sambut hari tua ku...hahaha...tak best beranak awal2.....hekhek...so aku akan senaraikan apakah azam tahun baru aku dan ianya bukanlah utk dibanggakan atau menunjuk2 tetapi sekadar menyedarkan aku utk mencapainya.......

aku akan senaraikan lima azam yang mega dan lima azam yg biasa2 n mungkin mudah dicapai....;p


5 azam mega:

-aku nak sah dalam perkhidmatan n lulus segala exam.

-aku nk buat permohonan utk sambung study kt oversea utk tahun 2011 insyaALLAH

-aku nk bantu mak ayah aku besarkan rumah/at least adalah menyambung umah

-aku nk jd org yg dikenali dalam perkhidmatan dan org yg mudah utk dibawa bincang

-aku nk buat business tahun depan


5 azam celah gigi:

-aku nk pi melancong

-aku nak bayar utang dengan lebih efisien n sistematik

-aku nk lihat perhubungan cinta aku lebih lancar dan x menyerabutkan kepala

-aku nk mantapkan lagi penampilan aku.

-aku lebih advance dalam pengucapan bahasa inggeris.


so kengkawan,saudara mara dan sepupu sepapat serta org yg kenal aku tolong doakan akan kejayaanku dan menggapai apa yg aku hajati.dan begitu juga dengan anda.INSYAALLAH!!!

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat apa yg aku terima!!

syukur kehadrat Allah SWT kerna dengan izinNya dapat lah aku memiliki apa yg aku hajati...aku kekadang sebak dan terharu kerana mengenangkan nasib diri aku yg sebelum ini bertaktih utk melangkah tetapi kini seakan berjalan dengan lebih lancar dan teratur..tetapi aku tidak sesekali leka dengan kegagahan langkahan ku kerana di hadapan kebarangkalian ada batu yg bakal membuatkan aku tersungkur...
aku sesungguhnya tidak menyangka yang aku akan mendapatkan apa yg aku hajati dalam tahun 2009 nie jugak yg mana sebenarnya jangkaan ku utk mendapatkan barangan ini pada tiga tahun lagi...aku seringkali berdoa agar rezeki ku akan bertambah dan memperteguhkan budi ku agar ku lakukan segala-galanya kerana DIA dan MANUSIA dengan seikhlas mungkin...
Aku takkan terleka dengan segala kenikmatan yg aku kecapi...aku takkan terbuai dengan kemewahan yg bakal aku terima...kerana aku masih sedar,aku lahir dari rahim yang hidupnya sederhana tetapi mementingkan hati budi dan mengikut resmi padi.....


terima kasih kepada orang yg paling aku sayang dan aku hormati iaitu mak dan abahku kerana kalian lah yg banyak mengdoakan serta mengerah dan membanting tulang empat kerat utk melihatkan aku berjaya....;)

aku sendiri pun x paham!!!

nie aku nk story skit mengenai apa yg aku alami..
aku nie kena penyakit kemurungan or anti-sosial kut coz aku skang dah malas nk kuar n lepak2..
aku lebih duk kt umah jek...aku kalo keluar umah aku akan rasa tension n rasa nk balik cepat..
aku tatau sampai bila keadaan aku mcm nie..
cuti2 sepatutnya pi jalan2,tp aku duk bekurung dalam umah n ngadap lap top..
apakejadahnya kalo perangai mcm nie..
tp nk buat mcm mana...nk drive aku malas...tension ngan jalan..
kepada org yg aku syg n kepada mereka yg mengharapkan utk aku berkunjung utk jumpa mereka,aku betul2 minta maaf...kowang tanyalah sendiri roomate aku..mana aku pegi,n apa yg aku buat...aku rungsing arghhh mikirkan benda nie...kena buatan org atau buatan sendiri??aku pun tak mengerti...apa yg aku tahu,aku lebih tenang bila aku bersendiri..dan dalam masa yg sama,aku tak penah lupakan mereka yg aku sayangi......nie lah realiti yg terjadi..aku hanya mampu mengadu pada org yg setia menjadi pendengar masalah aku,iaitu ibu dan akak ku...so cam ner..masih lagi nk menghukum aku???x apalah,aku redha.....;/

Tuesday, December 15, 2009

kerana mulut badan binasa!!!


nie aku nk citer plak tentang segelintir manusia yang mempunyai mulut yang seringkali membuatkan dan menimbulkan perasaan yg kurang enak sesama manusia..apa nak jadi dengan manusia yang seperti ini...tuduh menuduh, fitnah memfitnah, mengata belakang, dan sekutunya...aku tak berapa faham....kowang tak ingat ke balasan yang bakal korang hadapi apabila melakukan hal sebegini...korang ada waris dan juga zuriat..jd jgn lah suka mengumpat kerana ianya akan mengalpakan kita tentang balasan yg akan dihadapi oleh keturunan kita...baik kita jaga diri kita sendiri dan org yg kita sayang...coz kekadang mereka yg tak bersalah akan dijadikan bahan yang hina dek kerana mulut kowang.....manusia,manusia,manusia!!!kekadang aku menangis mengenangkan sikap manusia itu yang terlalu mengikutkan emosi dan juga mulut yang terlalu bisa.....kerana mulut,hati dan sensitiviti orang lain kita lupakan....kalo kowang terima bala,baru padan muka...takutlah dengan dosa yang ada,jgn ditambah dengan dosa yang baru....for me, hal peribadi orang,jgnlah kita selongkar dan hal sensitiviti org kita kena peka dan allert!!!so aku berkata atas dasar aku sygkan semua manusia yg ada terutamanya mereka yang kalah dengan mulut mereka..aku pantang sekali dengan org yang memandai bawak mulut,dan juga mengaibkan manusia lain..even bukan aku yg kena,tp member aku or saudara mara ku....!!!!!org yang tak sayangkan mulut,ibarat tanah yang tandus....bertanah tapi tak berpenghuni...berkwn tapi tapi tak berdamping!!!