warisan budaya kita

warisan budaya kita

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

salam ukhwah tuk semua..

i try to make my blog my interesting..so hope i can do it n i can maintainabout my komitmen;)

Tuesday, July 20, 2010

pagi yang penuh ilham...;)

ntah lah,pagi2 lagi aku dah rasa bersemangat nk nulis blog..kan best kalo ari2 aku rajin nulis...idea aku slalunya melimpah ruah,tp aku nie leceh skit kalo soal2 intenet nie...agak lembap....huhuhu..so kt sini juga aku attachkan sajak2 yg aku buat dalam tempoh aku berdiam dari menulis blog nie....

(i)Kekesalan
Kerana nafsu aku terkulai layu
Hasutan iblis yang memperdayaku
Si kecil yang tidak berdosa itu..
Aku lenyapkan tanpa ihsan sebagai ibu

Maaf wahai zuriatku...
Aku menjadi terlalu buntu
Memikirkan diri yang masih di dalam belenggu
Kerna itu akan pasrah
Di dalam gelodak jiwa yang parah
Membawa diri yang tiada arah
Dengan kandungan angkara nafsu serakah
Yang sepatutnya daripada baka yang sah

Tapi kini baru ku sedar
Nyawa yang hilang itu adalah amanah dari yang MAHA BESAR
Agar aku menjadi seorang yang sabar
Tatkala dugaan dating mencabar
Dugaan yang hadir atas ego cabar mencabar

Akhirnya aku pasrah
Kerana perbuatanku sebenarnya adalah perbuatan yang memberikan iktibar...
Nyawa insan kecil yang masih belum melihat dunia
Aku ragut dengan cara yang tercela...
Dan kini aku pasrah hidup di dalam penjara...

(ii)PESANAN AZIMAT IBUKU

Anakku
Timbalah ilmu hingga ke negeri china
Kerna itu lah bekalan azimat untuk kau melangkah
Menyusuri jalan-jalan yang penuh dengan rintangan
Penuh dengan halangan...

Anakku
Dengan ilmu yang tersemat
Maka......
Ibu pasti kau akan kuat
kau akan melangkah dengan penuh semangat
Walau kadangkala ada jua halangan yang menyekat

Anakku
Ingat dan kenanglah segala kalimah-kalimah azimat
Yang terpacul dari bibir insan yang hebat
Yang menantang kau dengan penuh cermat
Kerana hanya pesananku yang akan membuat kau ingat
agar kau tidak khayal dan hanyut di arus maksiat

Anakku sayang
tiada lambakan harta yang akan kutinggalkan
tiada jutaan wang yang akan ku berikan
hanya yang mampu....
utusan sebagai pesanan hikmat
yang menjadi warisan untuk di ingat
dan pasti akan kau wariskan kepada penyambung zuriat
bahawa ilmu itulah punca segala nikmat......

(iii)SESALANKU

Sugul aku di pusara bonda
Tanah merah itu masih lagi bugar

Kenangan yang lalu masih lagi segar di benakku
Aku masih teringat setiap bait-bait kata bondaku
Yang mana hidupnya penuh dengan ranjau duri
Tidak penah kecapi bahagia
Semenjak melihat dunia
Aku hanya mampu pasrah

Tatkala ibuku meraung seorang diri meratapi luka sengsara
Walaupun dikurnia permata
Tapi apakan daya permata yang lahir tak punya harga
Yang ada hanyalah pembawa celaka
Langsung tak endah segala nasihat dan hanyalah mengejar tuntutan dunia
Sehingga menggabai ibunda tercinta

Sesungguhnya aku ibarat si tanggang derhaka
Bila kupikir kembali
Jasa ibuku tidak terperi
Sabar dan tenang setiap hari
Meskipun hidupnya penuh dengan caci dan maki
Dari anak mahupun suami
Sesungguhnya ibuku adalah ibu mithali

Kini....
Ibuku sudah pergi
Tinggalkan aku seorang diri
Dalam keadaan yang masih bergelumang keji
Maafku masih belum di ampuni
Bagaimana aku akan hadapi
Segala perjalanan di kemudian hari
Adakah aku akan diterima di akhirat nanti
Sebagai seorang anak yang mihtali
Kerana sesalanku hanya setelah ibunda ku pergi..
Tanpa sebarang kemaafkan yang di pohoni

IBUUUUUUUUU.............
kini aku hilang tempat mengadu
Dan aku terus menjadi buntu
Kerana aku takut pembalasan atas diriku
Maafkan aku ibuuuuuu....
Aku mengerti jerih perihmu membesarkan aku
Tapi aku balas umpama manusia yang berhati batu
Langsung tidak mahu membantu
Hingga nyawamu yang terakhir meninggalkan ku...







2 comments: